CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

~Perjalanan Hidupku Baru Bermula~

...Akan kuteruskan walau apa jua...

Friday, September 9, 2011

Persiapan...

Assalamualaikum...

Tajuk macam persiapan ape je kan... Padahal, aku tengah packing barang-barang nak balik UPM.. Al-maklumlah, semester break hampir tamat... 3 hari je lagi aku akan masuk final year.. Wah!! Macam tak percaya je aku dah 3 tahun dok menuntut kat UPM which from next week masuk tahun yang ke-4.. Erm.. Sekejap lah pulak... Tapi bile masuk belajar rase cam "Eee... Lamenye nak grad... Bosan dah belajar"... Teruk kan aku?... hahaha

Bilik aku yang sedia kala sempit ni menjadi bertambah-tambah la sempit bile penuh dengan segala beg dan kotak untuk diangkut pulang ke UPM..

Erk?? Semestinya bilik aku bukan ler gini ropernye... Cume boleh gantikan baju2 yang bersepah tu dengan beg2 dan segala macam untuk aku angkut ke UPM nnt... hahahha

Luggage dah 2.. Backpack 2.. Kotak gedabak besar 1.. Beg-beg kecik lagi x kira tuu... erm... Agak-agak aku nak kene naik lori ayam kot untuk angkut semua barang-barang ni... ermmm... Dah la bilik aku tingkat 4... Jenuh la aku nak membina muscle dalam masa 3 hari ni untuk menjunjung segala raksasa ni... Fuh!! Bermandi peluh la aku nanti...

Baru 2 minggu raye, dah kena balik sambung belajar... Orang dok beropen house aku dok kolej, g fakulti, g kuliah dengar lecture bagai, dengan lab nye lagi... Aduhai...

Tak pe tak pe... Ini final year aku... Aku kena fokuskan betul-betul... Kene study betul-betul... Alamak... Tapi aku tak fikirkan lagi Final Year Project.. hhuhuhu... Aku nak develop product ape ek?? huhuhu... Balik ni memang kena memerah otak... Hope I can do my best and the best for the coming project.. =D

Selamat Kembali ke Dunia Buku Nur Liyana Abdul Aziz!!! =)

Saturday, March 5, 2011

~Luahan Ayah Di Hari Perkahwinan Anak Perempuannya~

Assalamualaikum... =)

Aku baru je sampai rumah dari walimatulurus jiran satu blok dengan aku. Majlis di adakan di Dewan Pusat Komuniti area rumah aku ni lah. So, entry kali ni berkisar majlis perkahwinan ini.

Aku dan keluarga tiba di dewan tersebut pada jam 1.00 tengah hari. Sampai-sampai je kat pagar masuk kami agak hairan sebab kereta tak banyak, seolah-olah tiada majlis perkahwinan sedang berlangsung. Sebelum ni aku pernah la pergi majlis perkahwinan yang diadakan disini tapi belum sampai kat pagar masuk memang dah jam. Tapi yang ni, jalan clear je.. Dah pukul 1.00 tengah hari kot. Mana orang semua. Bukan la tak ada orang tapi tak ramai.. Bila tak ramai, tak meriah la kan..

Then, kami masuk dewan. Fuh... Banyak meja kosong. Ingatkan kalau dah datang kul 1 macam ni peluang nak dapat meja tipis.. Tapi...

Pastu kami makan dan tunggu pengatin sampai kul 2 lebih... Jalan jam kot.. Pengantin lelaki lambat sampai.. Pabila pengatin lelaki dah tiba, tengok mereka bersanding siap silat dan tarian tradisional bagai, kiteowang gerak balik.. Aku dan mak pergi dekat ayah yang tengah berdiri kat pintu masuk macam nak sambut tetamu.. Macam aku pulak yang kawen... hihi

Sambil-sambil kiteowang berborak la dengan bapak pengantin perempuan yang masih berdiri di luar menanti tetamu... Mak aku bagi tahu dia masuk dalam tepung tawar semua, tapi dia macam berat-berat je nak masuk... Pastu mak aku tanya, macam mana perasaan.. Ye la anak sulung kahwin.. Perempuan pulak tuu.. Pasti ayah-ayah semua akan jawab dengan kata-kata yang gembira dan alhamdullillah... Tapi tidak untuk ayah ini...

Ayah ini meluahkan........ "Entahla.. Saya pun tak tahu apa-apa... Diorang yang uruskan semua... Memang saya tak tahu apa-apa.. Panggil-panggil imam ngan ustaz masa nikah semalam pun saya tak tahu... Saya cuma tahu yang saya kena nikahkan.. Yang lain semua diorang uruskan. Yela... Si Fauzi (Menantu) tu berduit.. Saya ni tak ada apa-apa.. herrmmm... Entahla.." Kata-kata ini diluahkan oleh ayah ini dengan menahan sebak dan kami dapat lihat matanya merah... menahan titisan-titisan mutiara jatuh di hari bahagia anaknya...


Sedih aku tengok ayah ini.. Sebenarnya sedari aku berjiran di depan rumah lama dulu pun aku sudah tahu perkara ini... Ayah ini sering dianggap tidak berperanan dalam apa-apa urusan... Perihal sekolah anak semuanya emak yang uruskan tanpa bertanya apa-apa pada ayah ini.. Dan anak-anak pula kalau ada apa-apa urusan semuanya merujuk kepada emak... Ayah ini seolah-olah tidak wujud dalam rumah itu... kasihan ayah ini...

Secara kasarnya, apa yang saya nampak, mungkin majlis itu tidak kelihatan seperti majlis perkahwinan yang lain yakni meriah dengan suasana dan kehadiran tetamu yang hadir begitu ramai berpunca daripada mereka-mereka yang tidak memandang endah akan tanggungjawab dan peranan ayah mereka.. suasana majlis perkahwinan tadi pada zahirnya kelihatan sedikit meriah dengan paulan kompang yang bergema di segenap sudut dewan, namun secara rohaninya, majlis walimatulurus ini amat hambar... bertambah hambar dengan kekecewaan seorang ayah yang dianggap tidak penting pada majlis keramaian anak gadis sulungnya...

Janganlah kita sebagai anak menidakkan tanggungjawab dan peranan seorang ayah.. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kita terutamanya anak perempuan mereka... Janganlah kita perlekehkan kemampuan mereka... Sayangilah mereka... Sayangilah mereka dengan memberi kepercayaan kita sepenuhnya kepada mereka...


Yana Sayang Ayah!!! Love love love...... =)

Gigi Bongsu!!! Tumbuh Sudah!!!

Assalamualaikum... =D

Aaaaarrrgggghhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!! (awal-awal dah jerit... Apehal??)


Hari ni aku sakit gusi... Makan pun macam x lalu bertambah-tambah walaupun aku sakit gusi... At first aku ingat sakit-sakit biasa... Sebab gusi aku kadang-kadang ada gak tumbuh-tumbuh seketul kat gusi... So aku buat tak taw je la...

Masa gosok gigi tadi pun ada kesusahan sikit sebab aku rasa cam bengkak-bengkak jek...

Jam 8 malam tadi aku rasa lapar.. Then aku terus makan roti cicah kuah kari... Pergh!! Sedap!!! Tapi bile roti masuk mulut aku rasa cam bengkak kat mulut aku makin besar jek... Tapi aku still buat endah- tak endah... Makannnnnnnnnnnnn..........

Jam 11pm aku tak tidur lagi... Dan aktiviti roti cicah kuah kari aku sambung... lagi sakittt!!! Tapi habis jugak roti 4 keping...

Lepas tu tetiba rasa cam nak tengok cermin... Macam mana lah agaknya kebesaran ketulan kat gusi aku ni ha... SEKALIIII............ Aku nampak benda putih seketul dok tertonggok kat gusi aku... Aku CUAK!!!... Tak kan sampai bernanah kott?? dah la melantak habis-habisan tadi... Adakah aku makan nanah??? Omo!!! TAPI... bila aku tekan-tekan dia macam keras. Ape benda ni?? Tetiba teringat............ Tak kan ni gigi bongsu kottt???.......

Tekan-tekan lagi rasa memang keras... tengok dekat-dekat ada gak la cam bentuk gigi geraham.. Erk???.......

Haa??????? Gigi bongsu aku dah tumbuh???????? Cepatnya!!!!!!! Aku baru 22 tahun...(So??)... Dah la aku baru 22 tahun dia dah tumbuh... dah tu tumbuh lari dari alignment pulak tu... Cisss... Ade ke patut die tumbuh kat tepi... gigi geraham lain elok jek dok tengah jalan... yang ni pergi tumbuh tepi jalan pulak.. ape kes??? huhu

Bila dah cuak aku pergi tunjuk kat mak aku... Ada ke patut mak aku gelak... ??? motif??? huhu...

Then aku google...
"Gigi bongsu adalah gigi geraham ketiga yang muncul pada usia sekitar 18-30 tahun."


Ooo... Aku dah lebih dari 18 tahun.... Ok... aku terima itu...
Tapi kenapa mesti senget??? huhuhuh....
"Kerana gigi bongsu tumbuh paling akhir, terkadang rahang tidak memiliki tempat yang cukup untuk gigi bongsu tumbuh dengan wajar. Akibatnya gigi bongsu mendesak gigi geraham yang berada di depannya. Oleh itu, ini akan menimbulkan kesakitan pada gusi"

Tapi aku tengok cam ada je ruang... ermmm..... ?

Sakittt....... Macam mana nak makan kat kenduri kawen esok ni... Kalau tidur ni, agak-agak esok lagi sakit tak???... huhuhu......

Tuesday, March 1, 2011

Mengumpat : Lelaki vs Perempuan

Assalamualaikum..... =D

Penattttt.... Hari ini sangat penattt... =(... Bertambah-tambah penat pabila hari ini juga merupakan hari perut mengada-ngada nak senggugut... huhuhu.... Mood x berapa nak best sikit... Sampai-sampai je kat tempat kerja pagi tadi terus kena buat Foam Test yang sepatutnya orang semalam kena habiskan tapi dah melarat sampai ke pagi... adesss....



Lepas tu macam biasa, key in daily data... Pastu prepare untuk buat Powder Test... Dari minggu lepas dok buat Powder Test ni ha... Huissyyy... Banyak betul powder kali ni... Nasib powder hari ini tak yah buat protein and nitrogen test... Kalau tak memang tak adenye aku depan laptop sekarang ni....

Sebab sakit, mood lari, banyak benda aku silap hari ni... fuuhhh.... nasib la ada yang tolong ingatkan mana-mana yang senget... =S



Kalau dulukan, orang selalu label perempuan ni kaki gossip atau lebih tradisinya dipanggil mengumpat... Sampai sekarang pun mentality manusia tetap di takuk yang lama... Asal perempuan-perempuan duduk sama-sama je lelaki mesti kata, "Ha, dok ngumpat la tu"..????.... Aku tengah syok bercerita kisah drama sedih dia kata aku mengumpat pulakkkkkk....

Tapi adakah kalian semua tahu pabila lelaki-lelaki berkumpul, mereka turut tidak terkecuali daripada takuk-takuk lama ini??? Haa.... Tu la... Masyarakat sekarang ramai yang x sado (bak kata Johan RL) yang kaum-kaum budget gagah perkasa ni kalau bila masuk bab-bab mengumpat ni lagi sentap dan pedas taw!!


Mereka ni kalau mengumpat tak macam perempuan... Perempuan pandai gak la cover-cover... Cakap pun slow je sampai semut lalu tepi pun amek cotton buds korek telinga kasi clear apa yang korang cakap.... Tapi tidak untuk lelaki... heerrggghhhh.... Dah mengumpat di tempat yang terang lagi bersuluh... dah tu mengumpat benda yang tak sepatutnya... hei kamu!!! Tolong la respect orang sikit... dan tengok la kondisi orang tu sebelum nak mengumpat ke hape ke.... Ni tak... Pakai ikut sedap mulutttttt jee.... Geraammmmmmm je aku ni ha...

Lagi satu... Perempuan ni bila mengumpat, diorang tetap jugak la tengok kondisi orang yang nak diumpat tu... Katakan la orang tu tengah terlnatar sakit ke... Mesti akan ada punya antara yang mengumpat tu akan cakap, "Isy, tak baik la cakap macam tu. Kan dia sakit tu". Dan yang lain pun akan "Ha'a la..." sambil pukul-pukul manja mulut diorang....

Tapi lelaki tak... Pakai nak sembur je... Tak fikir langsung!!!

p/s : Mengumpat disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Janji Ada


Tetiba rasa rindu menjelma dalam diri untuk mementaskan kisah hidup... So, sebagai mukadimah, nak say Hi to you olss lah... hehehehehe....

Next..........=D

Monday, February 28, 2011

Kena Update Blog Ke???

Assalamualaikum...=D

Malam yang hening hari ini membuatkan aku terfikir-fikir... Aku ada blog... tapi........ aku tak hapdate pun... dah la baru melibatkan diri secara tak sengaja (la sangat) dalam memblog nih... dah tu x update pulak.... errmmm.........

Entry ni lahir berpuncakan pendapatan daripada seorang gadis yang aku ingat dia dah boring gamaknya sampai dok suruh aku update blog jeeeeeee..... hehehhe... senyummm gadisss...
euwww.... menggelikan tetibe bile aku tulis perkataan gadis ni... teringat akan sesuatu... huhu... takpe... tu lain kali kalau rajin ak cerita....

Aku sebenatnya tengah cari idea ni nak tulis apa... Sebenarnya banyak je benda aku nak tulis... tapi aku x berapa nak reti menterjemahkannya dalam bentuk ayat2 penulisan ni bagai.... huhu... yan yana yan yan... huhu

Baiklah.... takpe takpe... Nanti bila aku dah ada idea yang mencurah-curah ke dalam susu isian pekat manis macam kat kilang aku tu, ak cuba interpertasikan ke atas pentas penulisan ni... wah!!! permulaan yang bagus ni!!! hihi....

ok.... see u next episode...=)

Saturday, January 1, 2011

Selamat Datang 2011!!!

Assalammualaikum pembuka bicara... kini 2011 mulai menjelma... hrp kite sume sihat sentiasa!!!
( ingt nk wat pantun.. skali x jadi plak... adessss)

Selamat Tahun Baru!!! Selamat Tahun 2011!!!

Image from Google

Waahhh!!!!!!!!!!! dah 2011!!! ini bermakna umo ak ditambah 1... sssssss....
Thun ni ak ade azam...(b4 ni xd azam ker??) ye!!! b4 ni mmg ak d azam!! tp ak pn lupe ape ntah azam ak tu... kuikuikuikuiii....
Tp thun ni ak berazam utk ingt azam ak n tunaikannye sekaligusss... ye la... umo dh meningkat dewasa... ak mane leh g men2...

AZAM 2011 NUR LIYANA ABDUL AZIZ...........

Saya berazam utk menjadi diri sndiri dan tidk mudh terpengaruh dgn persekitaran yg complex dan akN menjaga kesihatan x penjagaan diri sbg seorg gadis yg kini mencecah 22 thun... (cewahhhh...) tp ye!!! itu azam ak... Insya'allah...

So, ini bermakna sumenye bermule pagi esok... slps ak bgn tdo... x leh mule skang... x leh xleh... mane leh... skang habeskan sisa2 idop 21 thun ni... mcm2 bende ak dh wat spnjg angka 21 ni... ye r... umo yg bebas la org katekan... (tp ak rs 21 ke x 21 ke same jek) hihi... cume ak prsn d ckit2 la kebebasan tu kalo kene care pujok mak n ayh ak... hihih... dlm angka 21 ni jgk la ak mule memahami manusia yg pelbagai corak... dan dr cni lah ak mule menyesuaikan diri dgn kehidupn yg pelbagai onak dan duri... cabaran dlm idop bkn jek ape yg kite hadapi tp termasuk jugak siapa yg kita hadapi... walopon sukar ak ttp truskn sbb kesukaran n cabarn itulah yg mewarnai idop ak... so... justliveinlife................. coz it's worth...

I AM 22 YEARS OLD FOR ANOTHER 1 MONTH N 10 DAYS!!!