Assalamualaikum... =)
Aku baru je sampai rumah dari walimatulurus jiran satu blok dengan aku. Majlis di adakan di Dewan Pusat Komuniti area rumah aku ni lah. So, entry kali ni berkisar majlis perkahwinan ini.
Aku dan keluarga tiba di dewan tersebut pada jam 1.00 tengah hari. Sampai-sampai je kat pagar masuk kami agak hairan sebab kereta tak banyak, seolah-olah tiada majlis perkahwinan sedang berlangsung. Sebelum ni aku pernah la pergi majlis perkahwinan yang diadakan disini tapi belum sampai kat pagar masuk memang dah jam. Tapi yang ni, jalan clear je.. Dah pukul 1.00 tengah hari kot. Mana orang semua. Bukan la tak ada orang tapi tak ramai.. Bila tak ramai, tak meriah la kan..
Then, kami masuk dewan. Fuh... Banyak meja kosong. Ingatkan kalau dah datang kul 1 macam ni peluang nak dapat meja tipis.. Tapi...
Pastu kami makan dan tunggu pengatin sampai kul 2 lebih... Jalan jam kot.. Pengantin lelaki lambat sampai.. Pabila pengatin lelaki dah tiba, tengok mereka bersanding siap silat dan tarian tradisional bagai, kiteowang gerak balik.. Aku dan mak pergi dekat ayah yang tengah berdiri kat pintu masuk macam nak sambut tetamu.. Macam aku pulak yang kawen... hihi
Sambil-sambil kiteowang berborak la dengan bapak pengantin perempuan yang masih berdiri di luar menanti tetamu... Mak aku bagi tahu dia masuk dalam tepung tawar semua, tapi dia macam berat-berat je nak masuk... Pastu mak aku tanya, macam mana perasaan.. Ye la anak sulung kahwin.. Perempuan pulak tuu.. Pasti ayah-ayah semua akan jawab dengan kata-kata yang gembira dan alhamdullillah... Tapi tidak untuk ayah ini...
Ayah ini meluahkan........ "Entahla.. Saya pun tak tahu apa-apa... Diorang yang uruskan semua... Memang saya tak tahu apa-apa.. Panggil-panggil imam ngan ustaz masa nikah semalam pun saya tak tahu... Saya cuma tahu yang saya kena nikahkan.. Yang lain semua diorang uruskan. Yela... Si Fauzi (Menantu) tu berduit.. Saya ni tak ada apa-apa.. herrmmm... Entahla.." Kata-kata ini diluahkan oleh ayah ini dengan menahan sebak dan kami dapat lihat matanya merah... menahan titisan-titisan mutiara jatuh di hari bahagia anaknya...
Sedih aku tengok ayah ini.. Sebenarnya sedari aku berjiran di depan rumah lama dulu pun aku sudah tahu perkara ini... Ayah ini sering dianggap tidak berperanan dalam apa-apa urusan... Perihal sekolah anak semuanya emak yang uruskan tanpa bertanya apa-apa pada ayah ini.. Dan anak-anak pula kalau ada apa-apa urusan semuanya merujuk kepada emak... Ayah ini seolah-olah tidak wujud dalam rumah itu... kasihan ayah ini...
Secara kasarnya, apa yang saya nampak, mungkin majlis itu tidak kelihatan seperti majlis perkahwinan yang lain yakni meriah dengan suasana dan kehadiran tetamu yang hadir begitu ramai berpunca daripada mereka-mereka yang tidak memandang endah akan tanggungjawab dan peranan ayah mereka.. suasana majlis perkahwinan tadi pada zahirnya kelihatan sedikit meriah dengan paulan kompang yang bergema di segenap sudut dewan, namun secara rohaninya, majlis walimatulurus ini amat hambar... bertambah hambar dengan kekecewaan seorang ayah yang dianggap tidak penting pada majlis keramaian anak gadis sulungnya...
Janganlah kita sebagai anak menidakkan tanggungjawab dan peranan seorang ayah.. Mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kita terutamanya anak perempuan mereka... Janganlah kita perlekehkan kemampuan mereka... Sayangilah mereka... Sayangilah mereka dengan memberi kepercayaan kita sepenuhnya kepada mereka...
Yana Sayang Ayah!!! Love love love...... =)